Welcome to dyanahadi.blogspot.com

This is my story about my life; plus where  I spent my time and money to. And I wanna share what I've done during my past 10 years back. I dedicated this story to my beloved family and friends out there. 

Day to Remember

Lilypie Next Birthday PicLilypie Next Birthday Ticker

Saturday, February 23, 2008

.::Fenomena Pemasaran Berangkai::.

Fikir dulu sebelum join mana2 pemasaran berangkai. Pastikan syarikat tersebut memenuhi keenam-enam syarat berikut:


Adakah produknya dijamin? Adakah syarikat tersebut menawarkan pembalikan wang tanpa soalan? Jika tidak, lupakan saja...

Adakah ia mengenakan yuran masuk yg tinggi? Atau mencadangkan anda membeli barangan yg banyak buat permulaan? Jika ya, perlu berhati2. Ia dinamakan front loading (membuat stok tanpa diingini). Syarikat tersebut tahu ia akan membuat untung drp anda di peringkat awal kerana ia tahu pelan pemasarannya lemah dan anda tidak akan dapat menjual barangannya dgn senang.

Bolehkah secara teorinya anda mendpt keuntungan lebih drp org yg menaja anda? jika tidak, anda mungkin terjebak dlm satu skim piramid yg haram.

Adakah syarikat tersebut mempunyai produk yg pelbagai? Lagi banyak produk, lagi senang membina rangkaian. Kurang masa yg diperlukan utk membina satu kumpulan pelanggan. Sedikit pelanggan membeli banyak produk menghasilkan sejumlah wang yg sama seperti byk pelanggan yg membeli sedikit produk. Ini akan membolehkan anda mendapat saluran wang segera ke dalam perniagaan anda dan pada waktu yg sama, anda boleh menumpukan perhatian kepada pembinaan sebuah rangkaian.

Pastikan syarikat tersebut mempunyai katalog. Di Amerika Syarikat, jualan melalui katalog sahaja telah melebihi jualan gedung2 yg besar. Ia merangkumi lebih drp 80% hasil jualan pemasaran berangkai. Anda tidak blh menafikan peratusan sebegitu.

Carilah syarikat yg besar yg blh memberikan perlindungan politik. Seperti yg blh anda bayangkan, tidak semua org gembira dgn perubahan yg berlaku dlm pasaran. Bergabunglah dgn syarikat yg blh menyediakan sokongan perhubungan awam.

No comments: